assalamualaikum dan salam ukhwah buat smua pembaca blog ana



Get ISLAMIC-Graphics

Monday, 31 October 2011

CORETAN TENTANG CINTA

Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak dinafikan, sepertinya, CINTA sangat sinonim dengan kehidupan kita. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasulNya, cinta kepada ibu bapa, dan banyak lagi cinta yang ada. Cinta, menunjukkan kesukaan, menyayangi, pengorbanan, kesabaran, kebahagiaan. Misalannya,kerana kecintaan seorang ibu kepada anaknya, dia sanggup tidak tidur mlm, tidak dibenarkan seekor nyamuk pon hinggap di pipi anaknya yang sedang tidur, sanggup tidak tidur demi menjaga anaknya yang sakit.
CINTA adalah perkataan yang tidak asing lagi dari kehidupan seorang insan bergelar manusia. Namun, cinta juga amat memeritkan, apabila saat kita kehilangannya. Tidak percaya? Percayalah…Kita mampu menangis berjam-jam,berbulan-bulan sekiranya kehilangan seseorang yang kita cinta. Mungkin ada yang merasakan tidak mahu jatuh cinta kerana bimbang disakiti atau ingin menjauhkan diri dari cinta, tetapi, cinta merupakan anugerah takdir, yang tidak mampu ditolak, hadir tanpa dipinta. Tetapi, satu hakikat kebenaran yang harus diterima,
Sekiranya,
kita cintakan manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Kepada sesiapa yang telah jatuh cinta, atau mungkin sedang mencari cinta, insyaAllah, di sini ingin dikongsikan satu doa  memandangkan isu cinta sangat membahayakan dan menular ke seluruh pelusuk bumi ini. (konteksnya, cinta antara lelaki dan perempuan lah ni)
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah di dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
( Aminah Qutb)
Rasulullah s.a.w berpesan:
“Cintailah org yg kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia mnjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi org yang kamu cintai”
(Riwayat Abu Daud, Al-tirmizi, dan Ibn Majah drpd Abu hurairah)
Dan lagi,
Sabda baginda:
“Masih belum sempurna iman seseorg drpd kalian, sebelum diriku lebih dicintai olehnya daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia.
(Riwayat al nasai’)
Adakah kecintaan kita kepada Allah dan Rasul sudah melebihi kecintaan kita kepada manusia, kepada harta, kepada kemewahan dunia? Tepuk dahi, pikir sendiri…
CINTAILAH ALLAH,
NESCAYA CINTA PASANGAN SOLEH TURUT KAU MILIKI. InsyaAllah.
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak di redhai ALLAH, ia akan bertukar fitnah. ALLAH S.W.T, memahami fitrah ini dengan mensyariatkn perkahwinan. Justeru untk apa mesti menikmati cinta sebelum perkahwinan? Seharusnya, kita bimbang rasa kecintaan itu menjadi tawar dan hambar, kehidupan hilang barakah, hilang kemanisan.
Hilang berkat, hilanglah kebahagiaan di dunia ini. Nauzubillah. Tanpa keberkatan, hidup akan kucar-kacir. Mungkin bukan sekarang, tapi mungkin, kesannya, pada masa akan datang. Mungkin sebelum berkahwin, semuanya smooth and silky, tetapi lepas kahwin (jika ada jodoh), kesannya, ke atas anak-anak atau mungkin kepada benda-benda lain. Nauzubillah. Moga kita semua dijauhkan dari segala keburukan. Maka, kuatkanlah diri kita, walaupun sakit dan perit sekalipun.

1 comment:

  1. terbaik....hihi...SYUKRAN atas perkongsian yang manfaat ini...

    ReplyDelete